MASA ITU EMAS

Clocks for website
<a href="http://www.clock4blog.eu">clock for blog</a>
Free clock for your blog

Sabtu, 12 Julai 2014

Apa itu CBP ?

Apa itu CBP ?


CBP juga dikenali sebagai VAT (value added tax) atau cukai nilai ditambah di kebanyakan negara adalah cukai pelbagai peringkat penggunaan barangan dan perkhidmatan.
CBP dikenakan ke atas bekalan barangan dan perkhidmatan di setiap peringkat rantaian bekalan daripada pembekal sehingga peringkat peruncit. Walaupun CBP dikenakan di setiap peringkat rantaian bekalan, elemen cukai tidak menjadi sebahagian daripada kos produk kerana cukai input boleh ditolak oleh perniagaan di langkah seterusnya dalam rantaian bekalan.

CBP adalah cukai kepenggunaan yang meluas meliputi semua sektor ekonomi iaitu semua barang dan perkhidmatan yang dibuat di Malaysia dan  diimport kecuali barang dan perkhidmatan tertentu yang dikategorikan di bawah perintah pembekalan berkadar sifar dan perintah pembekalan dikecualikan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kewangan dan disiarkan dalam Warta.
Asas utama CBP adalah ciri-ciri kawalan kendiri (self-policing) yang membolehkan perniagaan untuk menuntut kredit cukai input mereka secara automatik dalam sistem perakaunan mereka. Ini memudahkan prosedur-prosedur pentadbiran bagi pihak Kerajaan dan juga peniaga. Oleh itu, sistem penyampaian Kerajaan dapat dipertingkatkan lagi.
Kita perlu membayar cukai supaya kerajaan boleh membiayai pembangunan sosio ekonomi termasuk menyediakan infrastruktur, pendidikan ,penjagaan kesihatan, kebajikan dan keselamatan negara dan lain-lain.
"Sejak beberapa dekad yang lalu, telah menjadi trend di seluruh dunia untuk memperkenalkan sistem CBP berperingkat. Hari ini, hampir 90% penduduk dunia hidup dalam negara dengan CBP, termasuk China, Indonesia, Thailand, Singapura dan India.





Negara yang Melaksanakan CBP atau VAT

Senarai Negara yang melaksanakan GST

  • Sehingga kini, terdapat 160 negara di serata dunia yang telah melaksanakan VAT/GST.
    Berikut adalah bilangan negara mengikut rantau.
    No.RegionNo. of Country
    1ASEAN7
    2Asia19
    3Europe53
    4Oceania7
    5Africa44
    6South America11
    7Caribbean, Central & North America19
  • Daripada 160 negara, lapan negara adalah bukan Negara Anggota Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB):
    1. Azores
    2. Taiwan
    3. Faroe Islands
    4. Isle of Man
    5. Jersey
    6. Kosovo
    7. Madeira; and
    8. Niue
  • Bilangan Negara Anggota PBB adalah 193 dan daripada 193, hanya 41 Negara Anggota tidak melaksanakan VAT/GST, seperti berikut:
  • Negara yang baru melaksanakan VAT/GST (sejak 5 tahun yang lepas) adalah:
  • Negara yang menuju ke arah sistem VAT/GST:
    → Afghanistan, Bahamas, Bhutan, Kiribati, Kepulauan Marshall, Micronesia, Palau, Sao Tome dan Principe, Syria
    → Majlis Kerjasama Negara-Negara Arab Teluk (Bahrain, Kuwait, Qatar, Arab Saudi, Oman dan Emiriah Arab Bersatu)
    → China & India – untuk mewujudkan sistem GST yang seragam
  • Senarai terperinci adalah dilampirkan.









sila klik di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan